Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) Peringkat Negeri Selangor 2025 di Selayang, Selangor, pada Sabtu. Foto TVS

JPJ perketat pemeriksaan kenderaan berat mulai 1 Jun

ByTVS

SELAYANG, 31 Mei: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan dua penambahbaikan penting dalam pemeriksaan kenderaan berat bermula 1 Jun bagi memperkukuh piawaian keselamatan serta meningkatkan kecekapan sistem dan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penambahbaikan melibatkan aspek pemeriksaan ketebalan bunga tayar dan pemeriksaan khusus terhadap kenderaan berat jenis tipper dumper.

“Penambahbaikan prosedur pemeriksaan ini melibatkan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) seperti PUSPAKOM Sdn Bhd dan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2025.

“Semua kenderaan perdagangan sama ada barangan atau perkhidmatan awam mesti mempunyai ketebalan bunga tayar sekurang-kurangnya 1.6mm pada keseluruhan permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) Peringkat Negeri Selangor 2025 di Selayang, Sabtu lalu.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Selain itu, JPJ turut memberi penekanan terhadap pemeriksaan kenderaan jenis tipper dumper yang biasa digunakan untuk mengangkut baja, arang batu, habuk kayu, jagung dan padi.

“Mulai 1 Jun 2025, kenderaan tipper dumper yang memiliki pagar sisi melebihi spesifikasi akan gagal dalam pemeriksaan, sejajar dengan Syarat Permit Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan pelan teknikal kenderaan yang diluluskan,” ujar Aedy.

Menurutnya, penambahbaikan tersebut bukan sahaja bertujuan memperketat kawalan tetapi juga untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan