Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ramlan Marajan. Foto TVS.

Jangan abaikan keselamatan rumah semasa Gawai

LIMBANG, 31 Mei: Orang ramai dinasihatkan agar meningkatkan aspek keselamatan kebakaran di kediaman dan premis masing-masing sempena Hari Gawai bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 7 Limbang, Ramlan Marajan berkata, setiap individu perlu memastikan peralatan elektrik dan gas berada dalam keadaan baik serta ditutup sepenuhnya sebelum meninggalkan rumah.

“Aspek penggunaan peralatan elektrik perlu diberi perhatian. Elakkan meninggalkan dapur tanpa pengawasan semasa memasak terutamanya dalam suasana sibuk menjelang perayaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan agar permainan mercun hanya dilakukan di kawasan terbuka dan jauh dari struktur rumah panjang atau kediaman lain bagi mengurangkan risiko kebakaran.

“Sentiasalah bersedia dengan alat pemadam api dan pastikan semua penghuni tahu lokasi laluan keluar kecemasan,” ujarnya.

Ramlan berkata, risiko kebakaran lazimnya meningkat ketika musim perayaan, justeru kesedaran dan langkah pencegahan perlu dipertingkatkan oleh semua pihak.

“Pencegahan adalah kunci utama. Marilah kita sambut Gawai dengan penuh kegembiraan, dalam keadaan selamat dan bebas daripada tragedi,” jelasnya.

Sempena Gawai 2025, JBPM Zon Tujuh turut menjalankan beberapa operasi serta kempen keselamatan kebakaran di Limbang dan Lawas bagi mendidik masyarakat tentang langkah pencegahan dan kepentingan keselamatan kebakaran.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan