Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto UKAS

Hayati semangat kekeluargaan semasa Hari Gawai Dayak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 30 Mei: Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan budaya tahunan masyarakat Dayak malah menjadi lambang semangat kekeluargaan, keharmonian dan perpaduan yang telah lama menjadi asas kekuatan masyarakat Sarawak secara keseluruhan.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menekankan kepentingan memelihara dan menyemarakkan nilai-nilai tersebut dalam kalangan rakyat wilayah ini.

“Sambutan Hari Gawai merupakan warisan budaya yang mencerminkan semangat kekeluargaan dan perpaduan yang telah lama kita warisi bersama.

“Dalam suasana yang penuh kemeriahan ini, marilah kita terus memupuk rasa saling menghormati dan memperkukuh ikatan antara satu sama lain,” katanya dalam perutusan sempena Hari Gawai Dayak 2025.

Beliau turut menyeru agar perayaan tersebut dimanfaatkan sebagai wadah mempererat hubungan antara komuniti dan warga perkhidmatan awam sejajar usaha memperkukuh kerjasama dan semangat setiakawan dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Mohamad Abu Bakar juga menasihati masyarakat yang akan pulang ke kampung agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan.

“Semoga perjalanan anda selamat dan sambutan Gawai kali ini berlangsung dalam suasana penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan