Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hampir 6,000 penduduk terjejas akibat cuaca buruk yang melanda Sri Lanka setakat pagi Sabtu, menurut laporan terkini Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu, lapor Xinhua. Foto hiasan AFP

Hampir 6,000 terjejas, lebih 50,000 gangguan bekalan elektrik dilaporkan akibat cuaca buruk landa Sri Lanka

ByBernama

COLOMBO, 31 Mei: Hampir 6,000 penduduk terjejas akibat cuaca buruk yang melanda Sri Lanka setakat pagi Sabtu, menurut laporan terkini Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu, lapor Xinhua.

DMC memaklumkan seramai 5,974 orang daripada 1,579 keluarga terjejas akibat cuaca ekstrem, manakala 1,545 rumah mengalami kerosakan.

Sementara itu, Lembaga Elektrik Ceylon (CEB) yang dikendalikan kerajaan melaporkan lebih 50,000 gangguan bekalan elektrik di seluruh negara setakat 8 malam Jumaat.

Jabatan Meteorologi Sri Lanka pada Sabtu turut mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan antara 30 hingga 40 kilometer sejam dijangka berlanjutan dalam tempoh 24 jam akan datang.

Penduduk turut dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko kerosakan akibat angin kencang dan ribut petir.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan