Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa berlaku berhampiran bandar Kushiro di pulau Hokkaido kira-kira 5.37 petang waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan USGS. Foto tangkap layar Google maps

Gempa bumi kuat landa utara Jepun

ByBernama

ANKARA, 31 Mei: Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), melaporkan gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda utara Jepun pada Sabtu, namun tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Gempa berlaku berhampiran bandar Kushiro di pulau Hokkaido kira-kira 5.37 petang waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan USGS.

Gegaran berlaku pada kedalaman 20 kilometer (12 batu), menurut agensi itu.

Sehingga waktu laporan ini diterbitkan, pihak berkuasa Jepun belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan struktur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan