Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyifatkan Gawai bukan sekadar menandakan berakhirnya musim menuai, tetapi merupakan manifestasi warisan budaya yang telah diwarisi turun-temurun dan terus segar dalam jiwa rakyat Sarawak. Foto fail TVS

Gawai simbol warisan, perpaduan dan kemajuan Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 31 Mei: Perayaan Gawai Dayak disifatkan sebagai simbol semangat kerja keras, kepercayaan dan kekuatan komuniti.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Gawai bukan sekadar menandakan berakhirnya musim menuai tetapi merupakan manifestasi warisan budaya yang diwarisi turun-temurun dan terus segar dalam jiwa rakyat Sarawak.

“Semangat ini jugalah yang menyatukan kita semua, walaupun berbeza latar belakang, untuk bersama meraikan erti sebenar kehidupan dalam suasana penuh harmoni.

“Gawai adalah masa untuk kita menghargai warisan budaya yang kaya, merapatkan silaturahim bersama keluarga dan mengenang jasa nenek moyang yang membina kehidupan kita hari ini,” katanya dalam perutusan Hari Gawai Dayak 2025, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan Sarawak kini berada di landasan kukuh menuju status wilayah maju menjelang tahun 2030.

Menurutnya, pelbagai inisiatif pembangunan, pemerkasaan ekonomi luar bandar dan penekanan terhadap pembangunan mampan serta tenaga hijau menjadi asas kepada kemakmuran generasi masa depan.

“Dengan pelbagai inisiatif pembangunan, usaha memperkasa ekonomi luar bandar dan keutamaan kepada pembangunan mampan serta tenaga hijau, Sarawak sedang membina asas teguh demi kemakmuran generasi akan datang,” ujarnya.

Pada masa sama, Awang Tengah menasihatkan orang ramai yang pulang ke kampung supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Tambahnya, perayaan Gawai merupakan peluang terbaik untuk seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama menghargai keunikan budaya serta warisan etnik di Sarawak.

“Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa. Ohhaa,” jelasnya dalam perutusan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan