Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub bercakap pada sidang media selepas mesyuarat bersama Persatuan Bola Sepak Negeri (FA) dan Kelab Bola Sepak (FC) di Wisma FAM pada Jumaat. Foto Bernama

FA, FC sentiasa bergerak seiring – Presiden FAM

ByBernama

PETALING JAYA, 31 Mei: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan hubungan antara persatuan bola sepak (FA) dan kelab bola sepak (FC) tidak pernah terputus malah sentiasa diperkukuhkan melalui pendekatan baharu yang lebih menyeluruh demi memastikan pembangunan bola sepak negeri berada dalam keadaan lebih sihat.

Presiden FAM Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata persepsi bahawa kedua-dua entiti itu bergerak secara berasingan adalah tanggapan yang salah kerana hakikatnya kebanyakan FC masih dimiliki oleh FA dan hubungan kerja antara mereka terus berjalan dengan baik.

“Ia kadangkala lebih kepada andaian yang dibuat oleh orang ramai disebabkan oleh masalah yang sedang kita hadapi sekarang terutamanya berkaitan gaji dan sebagainya. Jadi mereka melihat seolah-olah tiada hubungan kerja antara FA dan FC.

“Pada hakikatnya, semua itu tidak benar kerana kebanyakan FC kini masih dimiliki oleh FA. Jadi FA masih bertanggungjawab terhadap kebajikan FC,” katanya selepas mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi FA dan FC di Wisma FAM di sini semalam.

Mengulas mengenai sesi libat urus yang diadakan, Johari menzahirkan keyakinan bahawa pendekatan baharu FAM itu mendapat sambutan positif daripada semua pihak terlibat.

“Semuanya memang sentiasa berjalan dengan baik. Sebab itu, sebagai presiden pendekatan baharu saya adalah untuk mengadakan mesyuarat lebih kerap antara FA dan FC.

“Kita sendiri akan turun dari satu negeri ke satu negeri untuk memastikan perkara ini, selain berbincang dan mengadakan dialog dengan mereka lebih kerap,” katanya.

Beliau turut menekankan FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan terus berganding bahu dan mengambil pendekatan lebih agresif dalam memastikan pengurusan kelab dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan bertanggungjawab.

“Sebab itu kita adakan mesyuarat hari ini antara FA dan FC…penglibatan FA dan FC ini dapat mewujudkan gabungan tenaga bagi memastikan bola sepak negeri menjadi lebih sihat. Itu salah satu kaedah yang kita akan gunakan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan