Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Pavillion Malaysia yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof itu telah menarik perhatian pengunjung dari seluruh dunia.

Expo Osaka 2025: Sarawak serlah daya saing global

ByAhmad Burhanuddin

OSAKA, 31 Mei: Sarawak hari ini menegaskan komitmennya untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan memperkenalkan potensi serta keunikannya menerusi penyertaan dalam Majlis Perasmian Pavilion Malaysia di World Expo Osaka 2025.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, manakala Sarawak diwakili oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang hadir bagi pihak Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Awang Tengah, tema Expo 2025 Osaka “Designing Future Society for Our Lives” menyeru semua untuk berfikir tentang cara hidup dan potensi yang boleh digembleng bagi membina masyarakat yang lebih mampan dan menyokong aspirasi individu.

“Sarawak akan terus meneroka peluang baru dan mempamerkan keunikannya di pentas antarabangsa, mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi yang strategik dalam pelbagai sektor,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Awang Tengah, Sarawak bakal mempamerkan lebih banyak keistimewaan wilayah ini pada bulan Ogos, sempena Sarawak Week yang akan berlangsung di Pavillion Malaysia.

“Acara ini termasuk pertunjukan kebudayaan, ceramah ringkas mengenai perdagangan, pelaburan, pelancongan, pertanian, minyak dan gas, tenaga boleh diperbaharui, serta pembangunan bakat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan