Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakamkan gambar kenangan bersama-sama wakil institusi pendidikan, KMKK dan belia. Foto TVS

Belia tonggak transformasi Sarawak menjelang 2030

KUCHING, 30 Mei: Belia di Sarawak disifatkan sebagai pemacu utama wilayah ini ke arah kemajuan, kehijauan dan inklusif menjelang 2030.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, golongan tersebut kini tidak lagi dianggap penerima dasar kerajaan tetapi menjadi harapan wilayah ini dalam memimpin di bawah gelombang perubahan menerusi nilai, semangat dan identiti.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak menghargai golongan tersebut yang kini mencecah sejuta orang menerusi statistik Jabatan Perangkaan tahun lalu dengan melabur untuk meningkatkan potensi mereka.

“Pelaburan terhadap pembangunan belia bukan sekadar opsyen namun adalah satu keperluan strategik wilayah ini.

” Kekuatan ini bukan sekadar pada angka tetapi potensi dari segi tenaga kerja masa hadapan dalam sektor strategik seperti digital, pelancongan, pertanian moden dan tenaga boleh diperbaharui.

“Inovasi sosial dan ekonomi melalui keusahawanan, industri kreatif, e-sukan dan kepimpinan komuniti menerusi sukarelawan dan advokasi diperkenalkan untuk membentuk landskap sosial,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Pelancaran Karnival Belia Satok XTIVE 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Satok @ Padang SLPAS pada Jumaat.

Fadillah menjelaskan, penganjuran Karnival Belia Satok XTIVE 2025 dengan kerjasama Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching (KBPBK) dan mendapat sokongan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) bukan sekadar pesta hiburan namun platform kepada pembangunan belia, ruang interaksi bersama komuniti dan menjadi saluran dalam memperkasakan kepimpinan.

“Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan rakyat Sarawak aktif, sihat, inklusif dan bertanggungjawab sosial sesuai dengan aspirasi wilayah ini untuk membina masyarakat holistik dan berdaya tahan menjelang 2030,” ujarnya.

Hadir sama Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmi Othman dan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan