Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat lewat malam Rabu menyebabkan kemusnahan besar di Mokwa, menenggelamkan dan menghanyutkan lebih 50 rumah kediaman, sebahagiannya dengan penghuni masih berada di dalam, katanya kepada pemberita pada Khamis. Foto hiasan Envato

Angka korban banjir di Nigeria meningkat kepada 88 orang

ByBernama

ABUJA, 31 Mei: Angka korban akibat banjir dahsyat yang dicetuskan oleh hujan lebat di negeri Niger, wilayah tengah utara Nigeria meningkat kepada sekurang-kurangnya 88 orang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Ibrahim Isah Hussaini, ketua operasi di Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger berkata sekurang-kurangnya 67 mayat lagi ditemukan semasa operasi menyelamat yang sedang dijalankan di kawasan Mokwa, menjadikan jumlah korban meningkat daripada 21 yang dilaporkan pada Khamis.

“Jumlahnya terus meningkat. Tetapi setakat kiraan terakhir, 88 mayat ditemukan,” kata Hussaini semasa operasi menyelamat, sambil menjelaskan masih ada mangsa yang dilaporkan hilang.

Hujan lebat lewat malam Rabu menyebabkan kemusnahan besar di Mokwa, menenggelamkan dan menghanyutkan lebih 50 rumah kediaman, sebahagiannya dengan penghuni masih berada di dalam, katanya kepada pemberita pada Khamis.

Awal minggu ini, Agensi Meteorologi Nigeria mengeluarkan ramalan yang memberi amaran tentang ribut petir dan hujan lebat di wilayah tengah negara itu, termasuk Niger. Lebih banyak hujan dijangka dalam tempoh 48 jam akan datang, dengan hujan turut diramalkan di wilayah selatan.

Menuurt Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) pada Selasa, pihaknya mempertingkat usaha untuk mengurangkan kesan banjir bermusim di seluruh negara.

Bercakap dalam satu kempen kesedaran kebangsaan mengenai persediaan menghadapi banjir, Ketua Pengarah NEMA Zubaida Umar menggesa semua peringkat kerajaan untuk menyediakan peruntukan bagi sistem perparitan, empangan dan infrastruktur tahan banjir di kawasan berhampiran sungai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan