Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Mohd Azmi Mohd Lila pada Majlis Perasmian Program Kemampanan Komuniti Bandar Taman Desa Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas hari ini. Foto TVS

5,450 buah Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini

ByTVS

KEPALA BATAS, 31 Mei: Sebanyak 5,450 buah Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan peruntukan kira-kira RM504 juta akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di seluruh negara tahun ini bagi membantu golongan B40 dan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohd Azmi Mohd Lila berkata, pihaknya juga telah melaksanakan kira-kira separuh daripada sasaran itu setakat Mei dan menyasarkan untuk menyempurnakan keseluruhannya menjelang hujung tahun.

“Kita bina rumah ini agak cepat iaitu tiga lebih daripada tiga bulan dengan kebanyakan menggunakan cara konvensional selain sistem binaan berindustri (IBS).

“Mungkin akan ada isu dari segi sedikit kelewatan (bagi sesetengah permohonan) kerana (ada) proses yang perlu dilalui,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan perasmian Program Kemampanan Komuniti Bandar Taman Desa Kuala Muda, Penaga di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Mohd Jamil Idris.

Pada Program itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyumbang RM38,950 dan SPNB sebanyak RM10,000.

SPNB dan syarikat Progressive Impact Technolgy turut menyumbang sistem panel solar 4kWp bernilai RM18,540 bagi mendidik komuniti mengenai elemen penjimatan eletrik, mesra alam, tenaga boleh diperbaharui, menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan menyumbang kepada alam sekitar yang lebih sihat.

Sementara itu, Mohd Azmi berkata, antara syarat kelayakan memiliki RMR adalah pendapatan pemohon mestilah tidak melebihi RM5,000, tidak memiliki rumah dan mempunyai tanah sendiri.

“Kos pembinaan bagi setiap rumah membabitkan peruntukan RM75,000 iaitu RM20,000 dalam bentuk subsidi kerajaan dan RM55,000 lagi sebagai pinjaman tanpa faedah.

“Bayaran bulanan adalah RM300 sebulan bagi tempoh kira-kira 16 tahun,” katanya lagi.

Untuk rekod, sebanyak lebih 73,000 buah RMR telah dibina di seluruh negara sejak 2002. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan