KUCHING, 30 Mei: PC Image kembali dengan jualan mega tahunan, WOW Big Sale yang menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pelanggan di seluruh Malaysia bermula hari ini (30 Mei) hingga 8 Jun depan.

Jurujual Kanan PC Image, Shaun Chang berkata, jualan besar itu diadakan dua kali setahun dan menampilkan diskaun hebat untuk pelbagai barangan teknologi maklumat (IT) seperti pencetak, komputer riba, tetikus, papan kekunci dan aksesori lain.
“Kami juga menyediakan aktiviti menarik seperti Surprise Box, hadiah percuma tambahan dan baucar tunai untuk pelanggan.
“Untuk ahli, ada ganjaran istimewa iaitu berbelanja lebih RM200 dapat kabel telefon, lebih RM800 dapat powerbank dan jika lebih RM2,000, pelanggan akan terima beg komputer riba,” katanya ketika ditemui TVS di PC Image Cawangan Wisma Saberkas Kuching, hari ini.
Menurutnya, pelanggan yang membeli pemproses tertentu seperti AMD Ryzen turut layak menerima baucar tambahan bernilai RM50, RM70 atau RM90.
Antara tarikan utama WOW Big Sale termasuk Crazy Deal dengan potongan sehingga 80 peratus, promosi produk serendah RM1 dan jualan lelong ‘Giler-Giler’ yang berlangsung terhad.
Selain itu, pembelian produk jenama seperti Logitech, Infinite Racer, MSI, SONY, HP dan JBL akan membolehkan pelanggan menyertai cabutan Surprise Box dengan hadiah utama seperti Nintendo Switch dan kerusi gaming.

Salah seorang pengunjung, Ramlah berkata, promosi kali ini sangat berbaloi dengan adanya pelbagai tawaran murah.
“Promosi yang ditawarkan sangat berbaloi dengan pelbagai tawaran menarik dan harga jauh lebih murah berbanding biasa. PC Image turut menawarkan aktiviti Surprise Box khas untuk pelanggan yang membuat pembelian di sini,” ujarnya.
Seorang lagi pelanggan, Mohamad Syukur turut berkongsi keterujaannya terhadap potongan harga luar biasa yang ditawarkan.
“Potongan harga sehingga 80 peratus menjadi tarikan utama kunjungan saya ke sini. Sekarang ini, saya sedang meninjau untuk membeli komputer riba,” jelasnya.
Pada masa sama, PC Image turut menerima baucar Yayasan Sarawak yang membolehkan pemegang baucar menebus komputer riba percuma.
Inisiatif tersebut dilakukan oleh Yayasan Sarawak bagi membantu pelajar anak Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS di seluruh negara. – TVS