Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan wilayah Saskatchewan di Kanada mengisytiharkan darurat pada Khamis, menjadikannya wilayah kedua berbuat demikian ketika kebakaran hutan terus marak di kawasan utara wilayah itu dan memaksa ribuan penduduk berpindah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto fail AFP

Wilayah kedua di Kanada isytihar darurat akibat kebakaran hutan

ByBernama

NEW YORK, 30 Mei: Kerajaan wilayah Saskatchewan di Kanada mengisytiharkan darurat pada Khamis, menjadikannya wilayah kedua berbuat demikian ketika kebakaran hutan terus marak di kawasan utara wilayah itu dan memaksa ribuan penduduk berpindah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Hari ini, kami mengisytiharkan darurat di seluruh wilayah berikutan ancaman kebakaran hutan terhadap komuniti kami yang telah pun memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman mereka,” kata Ketua Menteri Saskatchewan, Scott Moe menerusi platform media sosial X.

Beliau menambah bahawa pengisytiharan itu membolehkan pihak berkuasa menggerakkan “sumber yang diperlukan untuk memindahkan penduduk Saskatchewan dengan selamat dan melindungi komuniti yang terjejas.”

Langkah itu termasuk meminta bantuan tambahan dari Ottawa seperti anggota, peralatan dan penggunaan tentera, menurut penyiar nasional Kanada, CBC.

Menurut Agensi Keselamatan Awam Saskatchewan (SPSA), setakat malam Khamis waktu tempatan, terdapat 16 kebakaran hutan aktif di wilayah itu, dengan tiga daripadanya telah dapat dikawal.

Wilayah Manitoba yang terletak di sebelah timur Saskatchewan telah mengisytiharkan darurat pada Rabu selepas kebakaran hutan memaksa kira-kira 17,000 penduduk berpindah dari kediaman mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan