Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat memberi amaran berhubung halangan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza, apabila bekalan bantuan terbiar dalam jumlah yang besar di Jordan, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto fail AFP

UNRWA gesa akses segera ke Gaza ketika bekalan bantuan terbiar di Jordan

ByBernama

ANKARA, 30 Mei: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat memberi amaran berhubung halangan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza, apabila bekalan bantuan terbiar dalam jumlah yang besar di Jordan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Di gudang UNRWA di Amman, ibu negara Jordan yang hanya tiga jam perjalanan dari Gaza, kami mempunyai bekalan mencukupi untuk menampung lebih 200,000 orang selama sebulan penuh,” menurut agensi itu.

“Tepung, bungkusan makanan, kit kebersihan, selimut dan bekalan perubatan sedia untuk dihantar. Gaza memerlukan bantuan dalam skala besar,” kata UNRWA sambil menegaskan bahawa “aliran bekalan tanpa halangan dan berterusan mesti dibenarkan.”

Sejak 2 Mac, Israel menutup semua lintasan sempadan, sekali gus menyekat kemasukan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan keperluan penting lain untuk 2.4 juta penduduk Gaza.

Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza sejak Oktober 2023, mengorbankan lebih 54,200 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Agensi bantuan telah memberi amaran mengenai risiko kebuluran dalam kalangan lebih dua juta penduduk wilayah itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan