Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBE), Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat sejarah sebagai institusi pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima pengiktirafan daripada Association of MBAs (AMBA), sekali gus melengkapkan status Triple Crown Accreditation. Foto Universiti Putra Malaysia (FB)

SBE UPM catat sejarah, institusi pertama Malaysia raih pengiktirafan Triple Crown

PUTRAJAYA, 30 Mei: Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBE), Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat sejarah sebagai institusi pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima pengiktirafan daripada Association of MBAs (AMBA), sekali gus melengkapkan status Triple Crown Accreditation.

Pengiktirafan berprestij itu merangkumi tiga badan akreditasi perniagaan terkemuka dunia, iaitu AMBA (United Kingdom), Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) dari Amerika Syarikat dan European Quality Improvement System (EQUIS) dari Eropah.

Naib Canselor UPM Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata dengan pencapaian ini, SBE UPM kini berada dalam kelompok 120 sekolah perniagaan terbaik dunia daripada lebih 13,000 institusi yang memperoleh akreditasi antarabangsa tersebut.

“Ini sekali gus meletakkan SBE UPM sebaris dengan institusi ternama dunia seperti London Business School, INSEAD dan HEC Paris,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pencapaian itu selari dengan aspirasi UPM untuk menjadi universiti bereputasi tinggi serta menyokong usaha negara dalam menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global.

Katanya pencapaian itu turut menyumbang kepada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) dalam memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Status ini juga memberi kelebihan strategik kepada SBE, UPM dalam menarik penyelidik, pensyarah dan pelajar berkualiti tinggi dari seluruh dunia serta memperluas jaringan kerjasama industri dan akademik di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, Dekan SBE UPM, Prof Dr Bany Ariffin Amin Noordin berkata pengiktirafan itu merupakan bukti pengiktirafan antarabangsa terhadap dedikasi keseluruhan ekosistem akademik SBE dan UPM.

“Kami juga komited untuk menjadi peneraju pendidikan perniagaan di Asia Tenggara dan terus menyumbang kepada pembangunan negara melalui pendidikan, penyelidikan dan inovasi yang berorientasikan masa depan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan