Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak dijangka mengalami cuaca panas dan kering bermula minggu kedua Jun susulan fasa Monsun Barat Daya. Foto hiasan Envato

Sarawak dijangka alami cuaca panas pada Jun

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Mei: Sarawak dijangka mengalami cuaca panas dan kering bermula minggu kedua Jun disebabkan Monsun Barat Daya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Majlis Perbandaran Miri dan semua agensi berkaitan perlu berwaspada terhadap risiko kebakaran hutan terutamanya di kawasan Kuala Baram, Miri.

“Gunakan menara pemantau, pastikan telaga tiub berfungsi dengan baik. NREB diminta guna dron jika ada pengesanan asap. Saya juga mahu tegaskan kepada pemilik-pemilik tanah untuk tidak melakukan pembakaran terbuka. Kami akan ambil tindakan sekiranya ini berlaku,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Uggah yang juga Pengerusi JPBN Sarawak memaklumkan Kerajaan Sarawak akan meneliti semula kelayakan bantuan wang ihsan khususnya kepada mangsa yang enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara ketika dilanda banjir.

“Kita perlu tetapkan garis panduan jelas. Ada kes rumah panjang tak boleh diakses tetapi mangsa tetap menerima bantuan makanan.

“Persoalannya, adakah mereka juga layak terima bantuan kewangan?” katanya.

Dalam situasi banjir sebelum ini, lebih 21,000 mangsa dikenal pasti sebagai penerima bantuan.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan