Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Satok, Kuching, terbakar awal pagi tadi. Foto JBPM

Rumah tidak berpenghuni di Satok terbakar

KUCHING, 30 Mei: Sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Satok di sini, terbakar awal pagi tadi.

Komander Operasi, Law Kim Hin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.31 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak berpenghuni dua tingkat berstruktur kekal terbakar keseluruhan.

“Pihak bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki, dua nozel, air dari pam jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kerja-kerja overhaul dilakukan selepas kebakaran berjaya dikawal dari merebak ke rumah sebelah.

“Rumah bersebelahan turut terjejas sebanyak lima peratus.

“Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan