Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian cecair vape dadah yang dirampas polis dalam operasi di ibu negara baru - baru ini. Foto, TVS.

Polis rampas cecair vape dadah RM3.29 juta

ByTVS

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses cecair vape mengandungi dadah jenis amphetamine dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di Brickfields, Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Deputi Komisioner Polis Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, dalam serbuan serbuan pada Rabu itu, polis menemukan cecair vape dadah sebanyak 88.2 liter.

“Nilai pasaran rampasan dianggarkan mencecah RM3.29 juta.

“Dalam operasi khas itu, dua lelaki warga Taiwan berumur 30 dan 35 tahun juga telah ditahan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jelasnya polis turut merampas 20 bekas plastik (jerry can), enam botol plastik berisi cecair vape dadah, 95 cartridge, dan mesin seperti mixer, heating machine, alat penimbang serta mesin sealing.

Mengulas lanjut, Mat Zani berkata jumlah cecair vape dadah itu mampu menjejaskan kesihatan seramai 441,000 orang, khususnya golongan remaja yang menjadi sasaran utama sindiket.

“Fenomena penggunaan vape kini semakin menular dan sangat membimbangkan.

“Kesan penyalahgunaan vape dadah jenis amphetamine boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati, kerosakan otak, gangguan emosi, ketagihan kronik dan juga kematian mengejut akibat serangan jantung atau kegagalan pernafasan,” jelasnya.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 29 Mei hingga 4 Jun 2025, dan ujian saringan air kencing terhadap mereka didapati negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada masa sama, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Taiwan iaitu Ministry of Justice Investigation Bureau (MJIB) dan Criminal Investigation Bureau (CIB), bagi menjejaki saki-baki sindiket yang dipercayai telah melarikan diri ke negara asal. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan