Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 16 beregu yang terdiri daripada pemain-pemain pemula sukan Pickleball sekitar daerah Mukah akan berentap dalam Pertandingan Pickleball Gawai 2025.

Pickleball gegar Mukah, 16 beregu berentap

ByTVS

MUKAH, 30 Mei: Seramai 16 beregu yang terdiri daripada pemain pickleball sekitar Daerah Mukah berentap dalam Pertandingan Pickleball Gawai 2025.

Menurut Pengerusi Pengelola, Anthony Akup, sukan pickleball semakin mendapat tempat dalam kalangan pelbagai peringkat umur dan kaum di sekitar daerah ini.

“Jadi, kami telah merancang menubuhkan Jawatankuasa Penaja (Protem) untuk menggerakkan sukan ini supaya ia dapat dimainkan oleh lebih ramai orang.

“Pertandingan ini merupakan salah satu cara kami untuk mempromosikan sukan pickleball. Disamping itu, diharapkan pertandingan ini juga dapat mengeratkan hubungan sosial yang baik dalam kalangan pemain dan ke arah pembentukan budaya hidup sihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertandingan Pickleball Gawai 2025 kali ini dianjurkan Protem Kelab Pickleball Mukah dengan kerjasama Pusat Khidmat N.57 Tellian dan Petanak Pickleball Team yang diadakan pada 30 dan 31 Mei 2025 di Gelanggang Tenis Persatuan Tenis Bahagian Mukah.

Pertandingan tersebut diadakan secara liga berkumpulan yang mana dua beregu yang mendapat mata kemenangan tertinggi akan layak ke perlawanan suku akhir yang menggunakan sistem kalah singkir hingga ke perlawanan akhir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tellian, Royston Valentine dijangka hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan