Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan motosikal mangsa yang terbabit kemalangan kendiri di Nanga Belawai Kapit, pada petang Khamis. Foto JBPM

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan kendiri di Nanga Belawai

KAPIT, 30 Mei: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan kendiri di seberang Jambatan Yong, Nanga Belawai, pada Khamis.

Mangsa, Benedict Diso, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 6.50 petang itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 6.57 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk ke lokasi kemalangan kerana kejadian berlaku di seberang sungai.

“Kita menggunakan bot aluminium untuk menuju ke lokasi yang dilaporkan. Mangsa didapati tercampak ke dalam parit berdekatan selepas terlibat dalam kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa tidak sedarkan diri ketika bomba tiba di lokasi.

Beliau kemudian dibawa naik dan diserahkan kepada petugas kesihatan, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan