Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ops Terminal ini dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dengan kerjasama AADK menjelang sambutan perayaan Hari Gawai. Foto AADK Sarawak

Ops Terminal: 35 pemandu bas ekspres jalani ujian air kencing

KUCHING, 30 Mei: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak menjalani ujian saringan air kencing kepada seramai 35 pemandu bas dalam Ops Terminal di Terminal Bas Kuching Sentral bermula semalam.

AADK dalam kenyataan berkata, keputusan menunjukkan kesemua mereka bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

“Ops Terminal ini dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dengan kerjasama AADK menjelang sambutan perayaan Hari Gawai.

“Operasi ini bertujuan memastikan tahap keselamatan yang tinggi kepada para penumpang dan pemandu bas sempena musim perayaan,” kata kenyataan itu.

Ops Terminal menyaksikan penglibatan aktif kedua-dua agensi dalam melaksanakan tugas masing-masing.

JPJ bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas keadaan fizikal dan teknikal kenderaan bagi memastikan semua bas ekspres berada dalam keadaan selamat untuk perjalanan jauh.

AADK pula melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap para pemandu bas bagi memastikan tiada individu yang memandu di bawah pengaruh dadah.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato’ Ahmad Nadzri Mohd Hassan turut hadir bersama Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili dan Pengarah AADK Sarawak, Abdul Hamediee Ibrahim bagi meninjau secara langsung pelaksanaan operasi di terminal berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan