Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sepanduk program khidmat komuniti bertemakan ‘Preserving Archaeological Heritage: Community and Education in Action’ yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM). Foto UNIMAS

Menyingkap warisan, Santubong jadi kelas terbuka arkeologi

ByRegina Lee

SANTUBONG, 30 Mei: Usaha memperkasa pemeliharaan warisan arkeologi di Santubong terus diperkukuh menerusi satu program kerjasama melibatkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jabatan Muzium Sarawak, Sarawak Delta Geopark dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong.

Program khidmat komuniti bertemakan ‘Preserving Archaeological Heritage: Community and Education in Action’ itu melibatkan seramai 132 pelajar Tahun 2 Program Antropologi dan Sosiologi dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UNIMAS.

Ia dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) bagi kursus Introduction to Borneo Archaeology.

Program yang turut disokong oleh Pusat Kelestarian UNIMAS itu memberi penekanan terhadap pendidikan luar bilik darjah, kesedaran sejarah dan penglibatan rentas sektor dalam melindungi warisan arkeologi Santubong selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Antara pelajar SMK Santubong yang turut terlibat menjayakan program khidmat komuniti tersebut. Foto UNIMAS

Menurut pensyarah kursus, Dr. Nur Auni Ugong, program SULAM tidak hanya memfokuskan kepada pengajaran di dalam bilik kuliah malah memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang tenaga dan kepakaran kepada komuniti.

“Melalui SULAM, pelajar bukan sahaja memperoleh pengetahuan malah membentuk sahsiah, kemahiran sivik dan semangat kesukarelawanan tinggi.

“Program sebegini diyakini mampu memperkasakan generasi muda agar lebih prihatin terhadap pemeliharaan warisan negara selain meningkatkan peranan universiti dalam pembangunan komuniti secara holistik dan lestari serta menyumbang secara langsung kepada pencapaian SDG,” katanya dalam kenyataan.

Pelaksanaan program tersebut turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Muzium Sarawak dan Sarawak Delta Geopark.

Jabatan Muzium Sarawak berperanan dalam penyelidikan dan dokumentasi artifak manakala Sarawak Delta Geopark menjadi platform strategik dalam mempromosikan warisan arkeologi melalui ekopelancongan dan pembangunan komuniti.

SMK Santubong selaku tuan rumah pula memainkan peranan penting dalam menyemai rasa kecintaan terhadap warisan dalam kalangan pelajar melalui ceramah, pembelajaran luar kelas dan pameran interaktif.

“Kolaborasi pelbagai agensi ini memberi ruang kepada generasi muda untuk memahami kepentingan warisan dan memupuk nilai kasih sayang, kebahagiaan dan saling menghormati dalam komuniti,” ujar Nur Auni.

Antara aktiviti utama sepanjang program ialah ceramah mengenai pemeliharaan warisan arkeologi, pameran artifak, demonstrasi ekskavasi serta kuiz interaktif melibatkan pelajar sekolah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan