Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia merupakan lokasi pilihan terbaik bagi menganjurkan Minggu Kesihatan Antarabangsa (IHW) 2025.

Malaysia lokasi pilihan anjur Minggu Kesihatan Antarabangsa (IHW) 2025

ByTVS

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Malaysia merupakan lokasi pilihan terbaik bagi menganjurkan Minggu Kesihatan Antarabangsa (IHW) 2025.

Pengarah Portfolio Rantau-ASEAN, Informa Markets, Rungphech (Rose) Chitanuwat berkata keputusan itu berikutan yakin terhadap kekuatan pasaran domestik negara ini dan peranannya yang semakin menonjol dalam pelancongan perubatan.

Menurutnya kedudukan Malaysia sebagai hab penjagaan kesihatan utama di ASEAN bakal diperkukuh menerusi penganjuran IHW 2025.

Beliau optimis acara berprestij anjuran Informa Markets itu dijangka menjadi pemacu utama kepada inovasi kesihatan, kerjasama rentas negara dan pertumbuhan ekonomi sektor kesihatan.

“Pengembangan pasaran penjagaan kesihatan Malaysia yang kukuh, sektor pelancongan perubatan yang berkembang pesat, lokasi strategik, sokongan inisiatif kerajaan dan kemajuan infrastruktur kesihatan menjadikan Malaysia hos yang sempurna untuk IHW 2025.

“Acara ini akan meneguhkan status Malaysia sebagai hab penjagaan kesihatan perdana di ASEAN dan menjadi penghubung kepada kerjasama kesihatan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran IWH 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, pada Khamis.

Sementara itu, Pengerusi MATRADE, Dato’ Seri Reezal Merican, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa IHW 2025 bakal memberi impak ekonomi yang besar kepada negara.

“IHW berfungsi sebagai platform penting yang dapat meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju rantau dalam penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perubatan.

“Acara ini bukan sahaja mempromosikan inovasi, malah turut menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan menarik minat pempamer bertaraf dunia, delegasi rantau dan antarabangsa serta pakar penjagaan kesihatan ternama ke Malaysia,” jelas beliau.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan penting dalam mengetuai perbincangan mengenai isu-isu kesihatan serantau, termasuk ketahanan rantaian bekalan, transformasi digital dalam sektor kesihatan, dan pembiayaan kesihatan yang mampan.

Peranan ini turut merangkumi penglibatan Malaysia dalam Persidangan Kesihatan EU-ASEAN yang dijadualkan berlangsung sepanjang minggu tersebut.

IHW 2025 dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 18 Julai 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan