Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee bersama penerima sumbangan di Masjid Al-Muhsiniin Daro pada malam Khamis. Foto UKAS

LAKMD peruntuk RM105,000 laksana ibadah korban di Daro

DARO, 30 Mei: Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD) memperuntukkan sejumlah RM105,000 bagi menjayakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Majlis penyerahan sumbangan kepada 14 buah masjid dan surau, termasuk Balai Bomba Daro, disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro yang juga Pengerusi LAKMD, Safiee Ahmad, di Masjid Al-Muhsiniin di sini, semalam.

Menurut Safiee, sumbangan bukan sahaja untuk melaksanakan ibadah korban, malahan bertujuan untuk memperkukuh hubungan masyarakat dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan umat Islam di kawasan Daro.

“Melalui ibadah ini, kita bukan sahaja menunaikan tuntutan agama, malah dapat berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang terus diperkasakan oleh LAKMD setiap tahun,” katanya.

Tambah beliau, LAKMD akan terus komited memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan masyarakat Melayu Islam di Daro menerusi pelbagai inisiatif kebajikan dan keagamaan dari semasa ke semasa.

Safiee juga mahu seluruh masyarakat agar sentiasa mengekalkan perpaduan dan keharmonian demi kesejahteraan bersama.

Katanya, perbezaan pandangan bukanlah penghalang untuk terus hidup bersatu padu jika setiap pihak mengutamakan nilai toleransi dan hormat-menghormati.

“ Saya menyeru agar semua pihak, tanpa mengira latar belakang, terus bekerjasama demi kemajuan dan kestabilan kawasan Daro yang kita cintai ini,” ujarnya lagi.

Turut hadir Pegawai Daerah Daro,  Zul Usop, Penghulu Jebli Ngok, Penghulu Bahiri Selakong serta ketua kaum dan wakil-wakil jawatankuasa masjid dan surau yang terlibat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan