Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (duduk tengah) pada sidang media selepas hadir Sesi Taklimat Pelaksanaan Program/Projek Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sarawak hari ini. Foto Bernama

KPTM ambil pelajar lepasan SPM di Sarawak bermula September

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 Mei: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sarawak berpeluang melanjutkan pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) melibatkan kursus profesional.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, KPTM akan mula mengambil pelajar bermula September ini di kampusnya yang terletak di Kota Samarahan.

Menurutnya, pengambilan awal dijangka melibatkan 200 pelajar dan ia dijangka meningkat kepada 500 orang pada 2026 serta 1,000 orang menjelang 2028.

“Program ini dilaksanakan kerana peranan KPTM dalam menjadi penyedia kepada universiti tempatan di Sarawak sekali gus menyediakan pelajar Sarawak dengan peluang pembelajaran selari dengan minat dan keperluan industri,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Taklimat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelajar Sarawak akan ditempatkan di Politeknik untuk mengikuti program ijazah sarjana muda mengikut bidang sesuai.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan, pembangunan prasekolah seperti tabika dan tadika yang berjumlah 21 institusi di Sarawak kini sedang diperkasakan dengan beberapa isu berkaitan keizinan berjaya diselesaikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan