Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri melakukan simbolik perasmian Program Khidmat Komuniti YKN dah Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Kamek Nengar Kamek Nulong di Lundu pada Jumaat. Foto TVS

Jelajah PSSS di Lundu diteruskan ke Rumah Panjang Kangka

LUNDU, 30 Mei: Rumah Panjang Kangka di Lundu menjadi destinasi seterusnya jelajah Program Khidmat Komuniti dan Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN), di sini.

Program Jelajah Kasih PSSS yang dilaksanakan menyediakan perkhidmatan kaunseling bergerak bagi menyediakan sokongan psikososial secara terus kepada komuniti pedalaman yang sering berdepan cabaran mendapatkan bantuan emosi dan mental kerana faktor jarak serta kemudahan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata program seperti ini bukan sekadar acara simbolik, tetapi mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan komuniti luar bandar dengan membawa inisiatif sebegini sejajar dengan prinsip pembangunan inklusif dan seimbang.

“Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita ini dalam keadaan yang begitu memerlukan kepenatan, kita mahu bercakap dengan orang tetapi kita tidak dapat bercakap dengan sesiapa sahaja oleh kerana itu dengan inisiatif sebegini kita perlu bercakap dengan para profesional yang kita ada, sediakan bersama supaya mereka dapat membantu.

“Jadi PSSS ini memang kita nak bawa ke setiap tempat walaupun ia masih baru tetapi mana-mana tempat yang kita pergi dalam masa sejam, kita dapat pelanggan kita begitu ramai sekali dan pelbagai masalah ataupun cabaran yang mereka hadapi yang kita dapat
perolehi daripada situ jadi inilah amat penting sekali untuk kita mengumpulkan data untuk bukan sahaja untuk Sarawak tetapi seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada Program Khidmat Komuniti YKN dah Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Kamek Nengar Kamek Nulong di Lundu pada Jumaat.

Dalam pada itu, YKN turut menyumbangkan 15 unit alat pemadam api selain berkolaborasi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam menyampaikan taklimat kesedaran keselamatan kebakaran kepada warga penduduk Rumah Panjang Kangka

Nancy menegaskan agar dalam kegembiraan menyambut perayaan Hari Gawai masyarakat hendaklah sentiasa berhati-hati serta mengutamakan keselamatan untuk mengelak dari sebarang insiden kebakaran yang hanya akan menyusahkan semua pihak.

“Dalam suasana perayaan seperti perayaan Hari Gawai Dayak tadi pihak Bomba ada memberitahu bahawa ada diingatkan supaya terutama sekali masa Gawai ini apabila pulang banyak yang akan membawa telefon bimbit dan mengecasnya sehingga takut berlakunya terlebih beban terhadap bekalan elektrik di sesuatu kawasan.

“Jadi tuai rumah serta ketua-ketua yang ada di sini tolong ingatkan kepada anak-anak muda kita supaya berhati-hati semasa gawai kerana Kita mahu bergawai itu secara gembira Kita tidak mahu bergawai-gawai tiba-tiba kita menjadi apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini Jadi sebab itu banyak yang dipesankan oleh pihak bomba tadi ikutlah apa yang dikatakan mereka,” jelasnya. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found