Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Royston (dua kiri) menyerahkan geran MRP kepada penerima hari ini. Foto Suara Sarawak

Geran MRP perlu dimanfaatkan untuk aktiviti komuniti

MUKAH, 30 Mei: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penerima untuk menjalankan aktiviti berteraskan komunti.

Memetik laporan Suara Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, ini kerana pembahagian geran untuk setiap kawasan mempunyai jumlah tertentu.

“Disebabkan itu, jika ingin memohon geran, pastikan ia berdasarkan keperluan aktiviti yang dilaksanakan.

“Kita perlu melihat keperluan lain terutamanya yang melibatkan kebajikan rakyat semasa bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Geran MRP ADUN Tellian di Bilik Persidangan Tingkat 1 Menara Pehin Setia Raja di sini hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan 77 penerima menerima geran berjumlah RM392,000.

Menurut Royston, jumlah geran yang diagihkan dari Januari hingga Mei tahun ini berjumlah RM1.4 juta melibatkan 140 penerima.

“Pemberian geran ini untuk kegunaan keagamaan, pendidikan, sosial persatuan, tabung kebajikan, perubatan, bencana, penyelenggaraan tahunan pusat khidmat dan bantuan lain-lain.

Bagi pendidikan jumlah geran MRP yang diberikan agak tinggi bagi memberi sokongan kepada anak-anak di sekolah sekitar DUN Tellian.

“Walau bagaimanapun kita tidak mengabaikan aspek lain kerana kebajikan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan