Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba membantu menyelamatkan mangsa dalam kemalangan berhampiran Stadium Julau pada Khamis petang. Foto BBP Bintangor

Dua warga Indonesia nyaris maut kereta terjunam ke gaung di Julau

JULAU, 30 Mei: Dua lelaki warga Indonesia nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung berhampiran Stadium Julau, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.00 petang itu, kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dilaporkan terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.04 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang terjunam ke dalam gaung.

“Salah seorang mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan, manakala rakannya masih berada di dalam kenderaan dengan kecederaan pada siku kiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pasukan bomba kemudiannya membantu mengeluarkan mangsa yang cedera sebelum menyerahkannya kepada pihak Klinik Kesihatan Julau untuk rawatan lanjut.

Menurut Mahmudin, pemeriksaan susulan turut dilakukan di lokasi kejadian bagi memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan selamat dan terkawal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan