Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua buah bot nelayan berdaftar di Malaysia dicekup di perairan Selat Melaka. Foto PSDKP

Dua bot nelayan Malaysia ditahan di perairan Indonesia

ByTVS

JAKARTA, 30 Mei: Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) Indonesia telah menahan dua buah bot nelayan berdaftar di Malaysia yang disyaki terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Selat Melaka, yang terletak dalam wilayah perairan Indonesia, pada Isnin lalu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Direktorat Jenderal Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan (PSDKP) pada Khamis, pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen atau lesen sah daripada kerajaan Indonesia untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan berkenaan.

Pengarah PSDKP, Pung Nugroho Saksono, berkata kedua-dua bot terbabit bukan sahaja menjalankan penangkapan ikan secara haram, malah menggunakan pukat tunda iaitu satu kaedah yang telah diharamkan di Indonesia kerana merosakkan ekosistem marin.

“Kedua-dua kapal ini beroperasi di perairan Indonesia dan menggunakan pukat tunda yang dilarang penggunaannya kerana boleh merosakkan ekologi laut,” katanya.

Tambah beliau lagi, siasatan awal turut mendedahkan bahawa kesemua tujuh kru kapal merupakan warganegara Indonesia, walaupun bot berkenaan berdaftar di Malaysia. Mereka disyaki sebagai pekerja asing tanpa izin (PATI).

Menurut siasatan awal, kru berkenaan mengaku membayar antara RM300 hingga RM500 kepada pihak tertentu untuk menyeberang secara haram dari Indonesia ke Malaysia bagi mendapatkan pekerjaan di laut, tertarik dengan tawaran gaji yang lebih tinggi.

“Mereka bekerja sebagai awak kapal tanpa prosedur sah, satu bentuk pelanggaran undang-undang migrasi dan jenayah ketenagakerjaan,” jelas Pung.

Siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap semua kru, manakala kedua-dua kapal tersebut telah dirampas sebagai barang bukti dan akan disiasat di bawah undang-undang perikanan Indonesia. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found