Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee memeriah majlis Mantar Gawai di Rumah Geruka Batang Lassa pada Jumaat. Foto UKAS

Cahaya Gawai di Batang Lassa, tiga rumah panjang kini nikmati elektrik 24 jam

DARO, 30 Mei : Tiga rumah panjang di kawasan Batang Lassa kini menikmati bekalan elektrik 24 jam bermula 15 Mei lalu sekali gus menjadi hadiah bermakna sempena sambutan Gawai Dayak yang bakal diraikan pada 1 Jun ini.

Rumah panjang terlibat ialah Rumah Geruka, Rumah Johari dan Rumah Lucy.

Projek di bawah Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) itu melibatkan peruntukan sebanyak RM7.7 juta dan memberi manfaat kepada 54 pintu rumah panjang di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, kejayaan pelaksanaan projek tersebut membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“Bekalan elektrik 24 jam ini akan membuka lebih banyak peluang dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Projek RES Batang Lassa Dua sempena Majlis Mantar Gawai 2025 di Rumah Geruka, hari ini.

Pada majlis sama, Safiee turut menyampaikan sumbangan geran berjumlah RM77,000 kepada 15 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Beliau turu menyerahkan tiga projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 yang keseluruhannya bernilai RM600,000 dan menyampaikan 20 unit bakul makanan menerusi Program Saberkas Prihatin kepada golongan memerlukan.

“Sumbangan ini adalah manifestasi kepedulian Kerajaan Sarawak terhadap kesejahteraan rakyat terutamanya menjelang sambutan Hari Gawai yang sinonim dengan semangat perpaduan dan kesyukuran,” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Matu Hamidah Halpi, wakil Pengurus RES SEB Sdn Bhd Abdul Ratmandy Halik dan Exco Saberkas Negeri Mohd Faizal Jamiludin.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan