Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mako Komuro, anak pertama kepada Putera Mahkota Fumihito,  selamat melahirkan anak sulungnya, lapor agensi berita Kyodo yang memetik pengumuman oleh Agensi Rumah Tangga Diraja Jepun pada Jumaat. Foto fail AFP

Bekas Puteri Jepun Mako selamat lahirkan anak sulung

ByBernama

TOKYO, 30 Mei: Mako Komuro, anak pertama kepada Putera Mahkota Fumihito,  selamat melahirkan anak sulungnya, lapor agensi berita Kyodo yang memetik pengumuman oleh Agensi Rumah Tangga Diraja Jepun pada Jumaat.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga diraja, ibu berusia 33 tahun itu dan bayi yang baru dilahirkan iaitu cucu pertama Putera Mahkota serta cicit pertama bekas Maharaja Akihito, berada dalam keadaan sihat.

Naomasa Yoshida, pembantu kanan kerabat Putera Mahkota dalam sidang media memaklumkan yang keluarga diraja “berasa gembira dan mendoakan hari mendatang yang membahagiakan” buat bekas puteri dan keluarganya.

Namun begitu, Yoshida enggan mendedahkan tarikh lahir atau jantina bayi tersebut, dengan menyatakan: “Ia merupakan urusan seseorang yang telah meninggalkan keluarga diraja, dan kami berharap keluarga itu dapat menjalani kehidupan dalam suasana tenang.”

Mako Komuro, yang dahulunya dikenali sebagai Puteri Mako, berkahwin dengan kekasihnya semasa di universiti, Kei Komuro, pada Oktober 2021. Pasangan itu kini menetap di New York, iaitu Kei bekerja sebagai peguam.

Di bawah Undang-Undang Rumah Diraja Jepun 1947, ahli wanita keluarga diraja akan kehilangan status diraja mereka apabila berkahwin dengan orang biasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan