Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan lesen pengendali syarikat lori muatan batu yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pada 13 Mei lepas. Foto fail Bernama

APAD batal lesen pengendali syarikat lori batu ragut sembilan nyawa anggota FRU

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 Mei: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan lesen pengendali syarikat lori muatan batu yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pada 13 Mei lepas.

Pembatalan lesen pengendali terhadap syarikat Tashveen Trading itu berkuat kuasa 29 Mei 2025.

“Dengan terbatalnya lesen pengendali berkenaan, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk mengendali atau mengadakan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan yang dilesenkan di bawah lesen pengendali itu,” menurut APAD dalam kenyataan hari ini.

Hasil siasatan APAD juga mendapati syarikat itu gagal mematuhi keperluan Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP), gagal memastikan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) berfungsi dan telah tamat tempoh, telah membawa muatan yang menyalahi jenis barang yang ditetapkan dalam permit kenderaan tersebut dan tidak mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“APAD ingin menegaskan pendirian bahawa pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang menyebabkan kemalangan dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“APAD juga ingin menasihatkan semua pengendali berlesen wajib mematuhi syarat lesen yang ditetapkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, yang seterusnya boleh menyebabkan lesen dibatalkan,” menurut kenyataan itu.

Pada kejadian 8.50 pagi 13 Mei, sebuah lori FRU dinaiki 18 anggota pasukan dari Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan batu, yang turut mengakibatkan dua parah manakala tujuh lagi cedera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan