Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia berada di kedudukan ke-24 dalam senarai jenama syarikat penerbangan paling bernilai di seluruh dunia. Foto AirAsia

AirAsia di tangga ke-24 syarikat penerbangan global, ke-7 jenama paling bernilai di Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mei: AirAsia berada di kedudukan ke-24 dalam senarai jenama syarikat penerbangan paling bernilai di seluruh dunia dan jenama ketujuh paling bernilai di Malaysia dalam laporan terkini Brand Finance Malaysia 100 2025.

Dengan lonjakan sebanyak 66 peratus dalam nilai jenama kepada US$1.93 billion (US$1=RM 4.24), pengendali syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata “kekuatan jenamanya disokong oleh sokongan pelanggan yang tinggi dan perhubungan jenama serantau, mengekalkan penarafan AAA serta kedudukannya antara 10 jenama paling kukuh di Malaysia”.

“Menurut Brand Finance, 100 jenama terbaik di Malaysia secara kolektifnya meningkat 16 peratus pada 2025, dengan sektor penerbangan mencatatkan peningkatan luar biasa sebanyak 85 peratus dalam nilai jenama secara keseluruhannya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan