Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pemandu lori dan seorang pelajar sekolah ditahan dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka di seluruh negeri itu dari 14 hingga 27 Mei. Foto Bernama

Tiga ditahan, 700 saman dikeluarkan pada Op Khas kenderaan perdagangan

ByBernama

MELAKA, 29 Mei: Dua pemandu lori dan seorang pelajar sekolah ditahan dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka di seluruh negeri itu dari 14 hingga 27 Mei.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata dua pemandu lori berusia 41 dan 47 tahun masing-masing didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 47 Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Manakala pelajar berusia 13 tahun itu, dikenal pasti membawa motosikal secara berbahaya termasuk melakukan aksi “superman” ketika operasi tersebut dan disiasat di bawah Seksyen 42 APJ.

“Sepanjang tempoh operasi itu juga, sebanyak 1,248 kenderaan perdagangan telah diperiksa dan 700 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata daripada jumlah tersebut, 200 keping saman melibatkan lori, termasuk kesalahan seperti muatan berlebihan, cukai jalan tamat tempoh, dan tayar botak.

Beliau berkata sebanyak 18 lori turut ditimbang dan empat daripadanya telah disita kerana membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.

“Operasi ini memberi tumpuan kepada kenderaan perdagangan seperti bas, lori dan kenderaan berat lain yang sering kali dikaitkan dengan pelanggaran peraturan lalu lintas, serta isu keselamatan jalan raya.

“Polis Melaka akan terus komited melaksanakan operasi secara berkala bagi membanteras pelbagai kesalahan lalu lintas dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Dzulkhairi berkata orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah, demi keselamatan diri serta pengguna lain. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan