Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir majlis perjumpaan anjuran Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Tiada rombakan Kabinet ketika ini – Anwar

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 29 Mei: Tiada rombakan kabinet akan dibuat setakat ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ini kerana kedua-dua menteri yang meletak jawatan sedang bercuti.

“Belum, masih bercuti. Saya tak boleh ganti masa orang bercuti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian bagi mengulas peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai anggota Kabinet pada Rabu.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Anwar telah meluluskan permohonan cuti dua anggota kabinetnya itu setelah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan