Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di Pahang melakukan solat hajat hari ini bagi mendoakan kesihatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. Foto Kesultanan Pahang (FB)

Sultan Pahang doakan kesihatan Sultan Brunei, titah solat hajat diadakan

ByBernama

KUANTAN, 29 Mei: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di Pahang melakukan solat hajat hari ini bagi mendoakan kesihatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

“Baginda turut mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan daripada Allah SWT,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang malam ini.

Sultan Brunei sebelum ini dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) ibu negara kerana keletihan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan