Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harapan pasukan nombor 15 Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United untuk menjulang Piala Cabaran Maybank berkecai apabila tewas 0-1 kepada pasukan pilihan Asia Tenggara, ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Foto Bernama

Sorakan 70,000 penyokong sia-sia, MU terlepas Piala Maybank

ByLuqman Muhammad

BUKIT JALIL, 29 Mei: Harapan pasukan nombor 15 Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United untuk menjulang Piala Cabaran Maybank berkecai selepas tewas 0-1 kepada pasukan pilihan Asia Tenggara, ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Perlawanan yang dinanti-nantikan itu menyaksikan skuad bimbingan Ruben Amorim gagal menyaingi rentak permainan pantas ditampilkan pasukan lawan yang dikendalikan oleh jurulatih Korea Selatan, Kim Sang-sik.

Biarpun hadir sebagai pilihan utama, United dikejutkan dengan tekanan bertali arus seawal minit pertama.

Keghairahan barisan ASEAN All-Stars hampir membuahkan hasil pada minit ke-21 menerusi percubaan Sandro Reyes namun Andre Onana cemerlang menyelamatkan keadaan.

Tidak mahu terus diasak, United cuba bangkit melalui pemain muda, Kobbie Mainoo yang melakukan rembatan deras pada minit ke-33 namun digagalkan penjaga gol lincah ASEAN All-Stars, Patiwat Khammai.

Amorim melakukan beberapa pertukaran pada separuh masa kedua dengan memasukkan Alejandro Garnacho, Amad Diallo dan kapten pasukan, Bruno Fernandes bagi memperkukuh serangan.

Kemasukan Fernandes nyata memberi impak apabila beliau mengatur beberapa serangan bahaya termasuk satu percubaan menarik pada minit ke-56 yang hanya sedikit tersasar dari gawang.

Namun kegagalan memanfaatkan peluang menghukum The Red Devils apabila ASEAN All-Stars melancarkan satu serangan balas pantas dan menyudahkan peluang keemasan melalui pemain Myanmar, Maung Maung Lwin pada minit ke-71.

United cuba bangkit di baki 20 minit terakhir tetapi pertahanan kental dan semangat juang tinggi pemain tuan rumah menyekat segala usaha mereka.

Sorakan gemuruh lebih 70,000 penyokong yang membanjiri stadium bertukar menjadi sayu dan layu tatkala wisel penamat ditiup menyaksikan kekalahan mengecewakan buat kelab EPL itu di bumi Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan