Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan semangat berpasukan pelbagai pihak menjadi kunci kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di ibu negara baru-baru ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Semangat kerja berpasukan jayakan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 29 Mei: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 baru-baru ini adalah disebabkan faktor semangat berpasukan tinggi semua pihak.

Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada jentera kerajaan, termasuk rakyat yang memahami keperluan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk menganjurkan sidang tersebut.

“Memang saya terkesan dan terharu kerana telah menghadiri berpuluh-puluh persidangan seperti Kumpulan 20 (G-20) dan BRICS, tetapi persiapan kita rapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berakhir 27 Mei melibatkan beberapa siri pertemuan peringkat tinggi bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dan perkongsian strategik.

Sepanjang dua hari, pemimpin ASEAN menyertai beberapa mesyuarat penting termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama, dan Sidang Kemuncak Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-16.

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, menandakan kali kelima negara memegang jawatan pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan