Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Foto fail TVS

Sarawak kemuka cadangan sekolah berkelompok kepada KPM

LIMBANG, 29 Mei: Kerajaan Sarawak akan mengemukakan semula cadangan penubuhan sekolah berkelompok kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu sekolah kurang murid (SKM) dan sekolah yang kerap dilanda banjir di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, cadangan berkenaan pernah dikemukakan sebelum ini, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan kekurangan sokongan dalam kalangan ibu bapa.

Menurut beliau, kementeriannya secara dasarnya bersetuju dengan penubuhan sekolah berkelompok bagi menggabungkan SKM dan sekolah yang sering terjejas akibat banjir.

“Memang sudah lama kita nak buat sekolah yang bermasalah lebih-lebih lagi SKM, tetapi oleh kerana kita tak dapat persetujuan daripada ibu bapa mereka, itu halangan pertama.

“Kita tengok dulu, kita akan mempertimbangkannya dan akan membawa perkara itu kepada kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia,”katanya pada Sidang Media Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025 disebuah hotel terkemuka di Limbang hari ini.

Turut sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Residen Bahagian Limbang Unos Tambi dan kenamaan lain.

Katanya lagi selain SKM, sekolah berkelompok ini boleh diwujudkan untuk sekolah-sekolah yang terjejas banjir agar disatukan di bawah sebuah sekolah. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan