Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau akan menjalankan rondaan, pemantauan dan operasi sepanjang musim perayaan Hari Gawai. Foto fail TVS

Polis Bau tingkat rondaan sempena Gawai

BAU, 29 Mei: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau akan menjalankan rondaan, pemantauan dan operasi sepanjang musim perayaan Hari Gawai.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Dr Daram Ruer berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati semasa memandu kenderaan dan menungggang motosikal di jalan raya.

“Sila patuhi undang-undang jalan raya dan sentiasa memandu secara berhemah dan berhati-hati.

“Sentiasa utamakan keselamatan diri serta keluarga dan ingat orang tersayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, menjelang Gawai yang bakal disambut 1 Jun ini, orang ramai sudah pasti yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan tersebut.

“Statistik kemalangan jalan raya Daerah Bau bagi tempoh 1 Januari hingga 25 Mei 2025 mencatatkan tiga kes kemalangan maut,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan