Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pesawat Jeju Air Co. yang membawa 183 penumpang dan enam kru dilaporkan terkeluar seketika dari landasan selepas mendarat di sebuah lapangan terbang di Vietnam, namun tiada kecederaan dilaporkan, menurut syarikat penerbangan itu pada Khamis. Foto hiasan Envato

Pesawat Jeju Air terkeluar dari landasan di Vietnam, tiada kecederaan dilaporkan

ByBernama

SEOUL, 29 Mei: Sebuah pesawat Jeju Air Co. yang membawa 183 penumpang dan enam kru dilaporkan terkeluar seketika dari landasan selepas mendarat di sebuah lapangan terbang di Vietnam, namun tiada kecederaan dilaporkan, menurut syarikat penerbangan itu pada Khamis.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Penerbangan 7C2217 Jeju Air yang menggunakan pesawat B737-800 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang kira-kira 12.50 tengah malam Rabu (waktu tempatan).

Ketika sedang bergerak di atas landasan, pesawat itu dilaporkan terkeluar seketika ke zon keselamatan di sebelah kanan landasan sebelum kembali ke laluan utama.

Satu daripada tayar pada gear pendaratan pesawat itu mengalami kerosakan dalam insiden berkenaan.

Jeju Air telah menggantikan tayar yang rosak selepas semua penumpang keluar dari pesawat dan menghantar sebuah pesawat gantian daripada model yang sama dari Korea Selatan untuk meneruskan penerbangan pulang, 7C2218, menurut syarikat itu.

Penerbangan pulang itu ditangguhkan lebih 14 jam dan berlepas dari Da Nang pada 4.08 petang Rabu, tambahnya.

Kementerian Pengangkutan Korea Selatan kini sedang menjalankan siasatan berhubung punca insiden pesawat terkeluar dari landasan itu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan