Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah lori treler di Kilometer 243, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Trong, Taiping awal pagi tadi. Foto hiasan Envato

Pemandu lori maut rempuh treler di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat

ByBernama

IPOH, 29 Mei: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah lori treler di Kilometer 243, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Trong, Taiping awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa seorang lelaki berusia 37 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 2.50 pagi tadi dan menggerakkan lima anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, mendapati sebuah lori bonded atau tertutup telah melanggar bahagian belakang sebuah lori treler dan lori treler berkenaan tidak memberhentikan kenderaannya, sebaliknya terus berlalu dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi itu tamat pada 4.22 pagi,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan