Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dan APM memberi rawatan awal kepada salah seorang mangsa kemalangan sebelum dibawa ke hospital. Foto JBPM

Pemandu, kelindan cedera lori lima tan terbabas di Keningau

ByTVS

KENINGAU, 29 Mei:Pemandu serta kelindannya cedera selepas lori lima tan yang dipandu mereka terlibat dalam kemalangan kendiri terbabas di Jalan Keningau-Kimanis, berhampiran Kampung Bariawa petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.58 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu pemandu berusia 35 tahun dan pembantunya, 29 tahun, berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

“Pasukan bomba memberi rawatan awal dan menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Keningau menggunakan EMRS bomba dan ambulans APM,” kata Komander Operasi PBK I Raizaain Awang Damit @ Malik.

Operasi disertai lapan anggota dari BBP Keningau dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu EMRS, dibantu empat anggota APM.

Pemeriksaan keselamatan turut dilakukan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi sebelum operasi ditamatkan jam 3.41 petang.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan