Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan lori 10 tan yang terbabas ke dalam longkang sedalam 10 kaki di Jalan Sapi Nangoh, Beluran petang tadi. Foto JBPM

Pemandu cedera, lori terbabas ke dalam longkang

ByTVS

BELURAN, 29 Mei: Seorang pemandu lori cedera selepas lori berat 10 tan yang dipandunya terbabas ke dalam longkang sedalam 10 kaki di Jalan Berkat Setia, Sapi Nangoh petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa merupakan satu-satunya individu dalam lori tersebut ketika kejadian berlaku sekitar jam 4.36 petang.

“Setibanya di lokasi, kami dapati lori terbabas sendiri ke dalam longkang. Pemandu yang cedera berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Beluran menggunakan ambulans KKM,” kata Komander Operasi, PB Cliverenno Melikim.

Operasi ditamatkan selepas pasukan membuat pemeriksaan dan memastikan tiada lagi bahaya di lokasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan