Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AADK Sarawak menggempur lokasi yang disyaki pusat kegiatan penyalahgunaan dadah di Sarikei. Foto AADK Sarawak (Facebook)

Operasi Cegah Khas di Sarikei jejak 37 penagih dadah

SARIKEI, 29 Mei: Seramai 44 individu ditahan dalam Operasi Cegah Khas oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak yang dijalankan di sekitar daerah ini dari 26 hingga 28 Mei lalu.

Menurut hantaran rasmi AADK Sarawak di Facebook, seramai 37 daripada mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine, melibatkan 31 lelaki dan enam wanita, termasuk tiga bekas kakitangan awam.

Operasi bersepadu itu diketuai Dalin Nani George, melibatkan anggota daripada AADK Sarawak dan AADK Daerah Sarikei.

Sokongan pelbagai jabatan, agensi Penguatkuasaan lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

Kesemua individu yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 3(1)(a), Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, manakala dua individu lagi diserahkan kepada PDRM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi memastikan isu penyalahgunaan dadah dan bahan di negeri ini sentiasa diselia dan dikawal dari berleluasa, pihak AADK akan melaksanakan operasi cegah, kesan malah operasi berskala besar dan berkala dilaksanakan dari masa ke masa.

Sehubungan itu, kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi memastikan keadaan keselamatan di kawasan kependudukan dan komuniti sentiasa terhindar dari gejala tidak sihat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan