Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPDN Johor menyerbu gudang haram terlibat aktiviti penyelewangan gas petroleum cecair di Simpang Renggam, semalam. Foto, TVS.

KPDN gempur aktiviti penyelewengan LPG bersubsidi di gudang haram

ByTVS

KLUANG,29 Mei: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Johor menumpaskan kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) di sebuah gudang haram dalam ladang kelapa sawit di Kampung Parit Haji Hashim, Simpang Renggam di sini semalam.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, serbuan menerusi Ops Gasak pada pukul 6 petang itu menemui tong LPG dan hos penyambung yang dipercayai digunakan untuk tujuan penyelewengan.

“Bagaimanapun, tiada individu ditahan semasa serbuan dijalankan dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti pemilik tanah serta mereka yang terbabit.

“Siasatan awal mendapati stor ini disyaki melakukan aktiviti penyelewengan iaitu memindahkan gas dari tong berkapasiti 14 kilogram (kg) bersubsidi ke tong gas berkapasiti 50 kg untuk kegunaan industri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 247 unit tong gas LPG berisi dan kosong pelbagai jenama berkapasiti 14 kg dan 50 kg serta beberapa peralatan disita.

Lilis Saslinda memberitahu, nilai rampasan dianggarkan mencecah sehingga RM61,000.

Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan