Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof hadir pada Majlis Peluncuran Laporan Interim Pertanian 2024 di Serdang di sini hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Kerajaan laksana banci pertanian setiap 10 tahun – Fadillah

ByHafeezzur Muzamir

SERDANG, 29 Mei: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan banci pertanian secara berkala setiap 10 tahun, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah itu bagi memastikan data asas terus relevan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

“Pelaksanaan Banci Pertanian 2024 menyaksikan negara kini memiliki data ‘baseline’ sektor pertanian yang komprehensif dan terkini, yang kali terakhir dikumpul lebih dua dekad lalu.

“Ini merupakan asas penting kepada penggubalan dasar berasaskan ‘statistical evidence’, sekali gus memperkukuh perancangan, pelaksanaan dan pemantauan sektor pertanian secara tepat, inklusif dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, kerajaan juga akan melaksanakan survei pertanian dalam tempoh jangka pendek mulai tahun depan.

Fadillah menjelaskan, data Banci Pertanian 2024 menunjukkan seramai 458,395 pengusaha pertanian berusia 60 tahun dan ke atas manakala 326,287 orang berumur 46 hingga 59 tahun.

Katanya, pengusaha pertanian berusia 15 hingga 45 tahun adalah seramai 224,147 orang atau bersamaan 22.2 peratus.

“Bagi kelangsungan sektor pertanian negara, jelas terdapat keperluan untuk meremajakan sektor pertanian dengan menarik penyertaan generasi muda dalam sektor ini.

“Tanpa tenaga kerja mahir dan berdaya saing dalam kalangan generasi muda, sasaran untuk memperkukuh keterjaminan makanan negara serta mengurangkan kebergantungan kepada import sukar dicapai,” katanya.

Sehubungan itu, katanya,langkah strategik
seperti meningkatkan insentif, memperkenalkan teknologi moden dan memperbaiki persepsi terhadap kerjaya dalam sektor pertanian perlu digembleng secara menyeluruh bagi memastikan kelestarian dalam sektor ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan