Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nadzri Mohamad Hassan bersama Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili meninjau penguatkuasaan ketika program Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Kuching Sentral. Foto: TVS

JPJ perketat pemeriksaan bas ekspres sempena Gawai, Aidiladha

KUCHING, 29 Mei: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dengan kerjasama Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mempertingkatkan operasi pemeriksaan ke atas semua bas ekspres yang beroperasi sempena sambutan perayaan Gawai dan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili berkata, pemeriksaan melibatkan semua aspek fizikal kenderaan seperti tayar, sistem brek, lampu dan cermin keselamatan yang gagal melepasi pemeriksaan tersebut tidak dibenarkan beroperasi sehingga pembaikan dilakukan.

“Kalau tayar tidak cukup bunga, kita akan tahan dan minta tukar dahulu. Lepas itu baru kita beri sijil atau permit untuk membolehkan bas bergerak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau penguatkuasaan ketika program Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Kuching Sentral pada Khamis.

Norizan berkata, setiap bas yang lulus pemeriksaan akan diberikan permit atau sinil keselamatan khas yang wajib dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan.

Katanya permit berkenaan mempunyai tempoh sah antara tujuh hingga 14 hari, bergantung kepada tahap keselamatan semasa bas tersebut diperiksa.

Pemeriksaan turut dilaksanakan di semua depo bas seluruh negeri dan bagi kenderaan yang tidak sempat diperiksa di depo, pemeriksaan akhir akan dilakukan di terminal sebelum perjalanan bermula.

Sementara itu, Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nadzri Mohamad Hassan berkata, dalam usaha meningkatkan pemantauan, JPJ turut menempatkan anggota berpakaian awam dalam bas secara rawak bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan sepanjang perjalanan.

Operasi itu katanya dijalankan khusus bagi musim perayaan Gawai di Sarawak, manakala operasi berskala lebih besar turut dilaksanakan di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

“Walau bagaimanapun kita tidak dedahkan atau sebarkan bas mana yang mereka akan naiki.

” Namun begitu kita tetap akan letakan anggota kita di bas-bas yang akan beroperasi sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

Beliau juga turut memberi jaminan kesemua agensi penguatkuasaan akan berkerjasama erat bagi memastikan setiap aspek keselamatan di Jalan Raya sepanjang musim perayaan ini di patuhi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan