Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Dato Hanifah Hajar Taib mengadakan lawatan kerja ke Sabah Tourism Board (STB) di Kota Kinabalu hari ini.Foto Hanifah Hajar Taib (FB)

Hanifah ke Sabah dapatkan maklumat terkini sektor pelancongan

ByTVS

KUCHING, 29 Mei: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Dato’ Hanifah Hajar Taib, mengadakan lawatan kerja ke Sabah Tourism Board (STB) di Kota Kinabalu hari ini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan sektor pelancongan negeri tersebut.

Dalam lawatan itu, beliau menerima taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jefrey Jimit, yang berkongsi usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui STB dalam memperkasakan industri pelancongan.

Antara fokus utama adalah integrasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam agenda pelancongan negeri.

Melalui pelbagai program yang dijalankan, STB turut memberi tumpuan kepada penglibatan komuniti setempat sebagai rakan strategik dalam membangunkan sektor pelancongan sekaligus merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti.

STB menyasarkan peningkatan jumlah pelancong domestik dan antarabangsa ke Sabah melalui promosi keunikan negeri ini seperti ekopelancongan, hidupan liar, pantai yang mempesona dan kepelbagaian budaya.

Hanifah menyatakan sokongan terhadap usaha STB dan menekankan kepentingan penambahbaikan sistem sokongan pelancongan serta kerjasama strategik antara pelbagai pihak bagi melonjakkan lagi potensi ekonomi pelancongan Sabah ke peringkat lebih tinggi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan