Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan Palestin Hamas pada Rabu mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan dengan utusan Amerika Syarikat (AS) ke Timur Tengah Steve Witkoff mengenai rangka kerja umum bagi pelaksanaan gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza. Foto fail AFP

Hamas: Persetujuan dicapai dengan utusan AS berhubung gencatan senjata Gaza

ByBernama

ISTANBUL, 29 Mei: Kumpulan Palestin Hamas pada Rabu mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan dengan utusan Amerika Syarikat (AS) ke Timur Tengah Steve Witkoff mengenai rangka kerja umum bagi pelaksanaan gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami telah mencapai persetujuan mengenai rangka kerja umum bersama Witkoff yang memastikan gencatan senjata kekal, pengunduran sepenuhnya tentera pendudukan Israel dari Gaza, serta kemasukan bantuan kemanusiaan tanpa halangan,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Persetujuan itu turut merangkumi penubuhan sebuah jawatankuasa profesional bagi menguruskan hal ehwal Gaza sebaik sahaja gencatan senjata dilaksanakan, menurut kumpulan berkenaan.

Hamas turut menyatakan kesediaan untuk membebaskan 10 tawanan yang masih hidup serta menyerahkan beberapa mayat tawanan lain sebagai pertukaran kepada sejumlah tahanan Palestin yang akan dipersetujui bersama, di bawah jaminan pihak pengantara.

“Kami kini di peringkat akhir untuk menghantar dokumen syarat baharu yang diharap dapat disampaikan hari ini,” kata Witkoff kepada pemberita di Rumah Putih.

“Saya amat optimis terhadap penyelesaian jangka panjang — gencatan senjata sementara dan resolusi damai jangka panjang terhadap konflik ini,” tambahnya.

Witkoff berkata Presiden AS Donald Trump akan meneliti cadangan itu sebaik sahaja ia diterima.

Setakat ini, belum ada sebarang komen daripada pengantara Mesir atau Qatar berhubung pengumuman oleh Hamas itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan